Tahniah! Syamsul Yusof Kongsi Gambar Anak dan Ucapan Buat Isteri. Comel Sangat Anak Mereka..

Pasangan suami isteri mana yang tidak gembira apabila doktor mengesahkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. Rezeki untuk setiap pasangan sudah ditentukan cuma kita tidak tahu bila masa yang sesuai untuk menerima orang baru dalam keluarga.

Sebelum ini pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof telah mengesahkan tentang kehamilan isterinya yang ketika itu sudah berusia 3 bulan. Berita itu sengaja dirahsiakan dari umum dan juga keluarga kerana tidak mahu ia terlalu diheboh. Yela bak kata orang tua-tua, risau tak menjadi.

Dan hari ini, sudah pasti ia menjadi detik-detik yang amat menggembirakan apabila isterinya iaitu seorang pelakon, Puteri Sarah Liyana telah selamat melahirkan putera sulung mereka awal pagi hari ini (Rabu). Syamsul juga telah memuat naik gambar hero mereka beserta kapsyen di akaun Instagram miliknya dan nama yang diberi kepada cucu pertama Datuk Yusof Haslam ini ialah Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul.


Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan,bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang islam yg ikhlas wahai Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul. Marhaban ya Syaikhul Islam..Marhaban..Terima kasih isteriku @puterisarahliyana

#MahaSuciAllah #Alhamdulillah #DeeplyGreatful #SyamsulYusof #TangisanKesyukuran

Hukuman mati saya pada tahun 2015 diganti dengan orang lain

Hukuman mati saya pada tahun 2015 diganti dengan orang lain-benjy|Benjy atau nama sebenar Khaeril benjamin Bin ibarahim 38 telah di tahan di barada kualanamu deli serdang medan atas kesalahan menyimpan sabu di dubur selasa lalu.

Dua tahun lalu Benjy dijatuhi hukuman gantung kerana terlibat pengedaran dadah,namun ramai yang tertanya bagaimanakah beliau boleh terlepas dari hukuman gantung di malaysia?

“Ketua pengawasan dan pelayanan bea dan cukai bandara kualanamun Zaky firman syah berkata pihaknya yang telah mendalami benjy, menemukan lelaki itu seharusnya dihukum mati pada tahun 2015 lalu,namun digantikan dengan orang lain .hal itu dimaklumkan oleh benji sendiri”katanya kepada penulis surat kabar medan kompas yang di luncurkan hari ini.

Zaky mengatakan pihaknya menangkap Benjy dalam penerbangan dari kuala lumpur pada selasa kira kira jam 20:30 di bandara kualanamu. Petugas yang curiga dengan benjy terus di periksa selain dari di soal siasat atas kedatangannya ke medan ,indonesia.

Pada mulanya benjy berkata tujuan datang ke medan adalah untuk mencari disjoki untuk dipekerjakan di malaysia,namun baenjy gagal menjawab soalan siapa individu yang ditemuinya di medan untuk membantu mencari disjoki. Selepas jawapannya mengelirukan kami melakukan pemeriksaan lebih mendalam,kata zaky.

Viral kisah lamaran Noh kepada Mizz Nina Hanya ada RM8 ribu dalam akaun

ANTARA pasangan artis yang sering mendapat perhatian media dan peminat adalah Noh Hujan dan Mizz Nina.Apatah lagi selepas penghijrahan Mizz Nina, bukan sedikit yang menyimpan rasa kagum terhadap pasangan yang nampak ‘low profile’ ini.Hari ini, sebuah perkongsian daripada pemilik akaun Facebook bernama Azfar Mohd, berkisarkan kisah percintaan dan penghijrahan mereka ke arah lebih baik, viral di laman sosial.Dalam perkongsiannya, Azfar bercerita, Noh dalam satu sesi motivasi pernah membuat pengakuan bahawa dia menceburi bidang seni dengan satu niat, iaitu untuk mencari rezeki.
Tidak pernah mengikuti pengajian di peringkat tinggi, keputusan itu bagaimanapun mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri, memandangkan hidup sebagai anak seni ada turun naiknya.
Namun mungkin kerana keikhlasannya, rezeki Noh semakin lama, semakin baik.Dan rezekinya bertambah baik selepas berkenalan dan kemudiannya mengahwini Mizz Nina.Paling menyentuh hati, adalah cerita bagaimana dia melamar puteri Tan Sri Dato’ Azman Hashim itu.”Saya tiada harta, tapi jika awak mencari suami yang akan menjaga awak dan membimbing awak ke jalan Allah, insha Allah saya boleh lakukan,” itu yang dikatakan Noh kepada Mizz Nina. Berlandaskan niat yang baik itu, kehidupan mereka berdua juga menjadi semakin baik selepas berkahwin. Mizz Nina yang sebelum ini dikenali kerana imej seksinya, berubah penampilan menjadi Muslimah sejati. Malah, dunia seni juga sudah jauh ditinggalkannya.
“Semuanya dengan niat kerana Allah. Jika anda bertemu seseorang yang boleh menjadikan anda Muslim dan Muslimah yang lebih baik, jangan lepaskan dia,” itu yang dipesan Noh, tulis Azfar.
Perkongsian Azfar itu telah menerima lebih 32 ribu likes dan lebih 10 ribu perkongsian. Noh dan MizzNina, atau nama sebenarnya Shazrina Azman, berkahwin pada tahun 2011. Mereka mengerjakan haji pada tahun 2013 dan Mizz Nina mula mengubah penampilannya selepas itu.

Inilah 5 GAMBAR TERKINI Ayu Budak 20 Sen Dlm Filem Seniman Bujang Lapok!!

 

Siti Rahayu Sudarmaji …Tidak ramai yang mengambil peduli siapa empunya diri, apatah lagi untuk mengetahui nama sebenarnya.. Kannnnn.

Tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen daripada zaiton dan sudin dimuat naik secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama tidak lama dahulu… via UTUSAN.

Siapa Masih Ingat Fauziah Latiff Kami Betul Betul Terkejut Beruk Dan Terbeliak Mata Tengok 10 Foto Terbarunya Pada Usia 44 Tahun

Sememangnya Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa dengan nama Gee / Jee merupakan seorang penyanyi yang maintain cantik dan jelita walaupun usianya sudah menjangkau 44 tahun.

Fauziah Latiff lahir pada 5 Disember 1970 dan kini berumur 44 tahun namun wajahnya masih cantik seperti berumur 20 tahun. Kecantikkan Fauziah Latiff sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

Fauziah Latiff sememangnya menjaga penampilan dirinya dan dengan ketinggian 160 cm, Fauziah Latiff maintain dengan berat 46 kg sahaja.

Jom layan 8 foto terbaru Fauziah Latiff di bawah :-

Rupa-Rupanya Noor Nabila Isteri Sharnaaz Ahmad Bukan Calang-Calang Orang..

Setelah 2 tahun menyemai cinta akhirnya pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya telah selamat diijabkabulkan pada tepat jam 9.15 malam dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Bin Hj. Mohd Supri Al-Hafiz iaitu Imam Masjid Damansara Perdana, Petaling Jaya selaku wakil wali dan disahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi Bin Abdul Samat iaitu Imam Masjid Al-Makmuriah, Petaling Jaya.

Sharnaaz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Pada majlis istimewa tersebut Sharnaaz Ahmad kelihatan segak berbaju melayu serba putih hasil rekaan Putra Cosry manakala Noor Nabila pula kelihatan anggun dan menawan mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh Datuk Radzwan Radzwil.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu berlangsung dalam suasana sederhana serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan- rakan media. Manakala majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Royal Chulan Damansara manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang.

Sementara itu, Sharnaaz Ahmad pernah menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Shila Amzah sekitar 2011 dan hubungan mereka berakhir sekitar 2013. Dalam pada itu, Noor Nabila pernah berkahwin pada Julai 2013, dan berpisah pada 2014

Noor Nabila Merupakan Kakak Kepada Pelakon Wanita Popular Neelofa

 

Rupanya jep punya Hobi menyimpan KERETA mewah dan antik…

 

Siapa tidak kenal dengan Jep Sepahtu nama yang semakin meningkat naik dalam seni hiburan tanah air.


Wowww! tu diaaaa!! Jep Sepahtu dilaporkan memiliki sebuah kereta Honda Civic berwarna biru yang dahulunya berwarna putih (tukar kaler).

 

Selain kereta Honda Civic itu, Jepp juga memiliki kereta mini cooper berwarna merah yang awesome. Orang bujang katakan…ape ada hal kan. Tahniah Jepp Sepah. Apa lagi jom lihat foto koleksi kereta mewah Jepp Sepahtu yang pasti mengejutkan yang sempat di rakam untuk tatapan semua peminat beliau.