Loading...

Salah Sangka Dicium Lelaki ‘Mat Salleh’, Emma Maembong Dilabel Tiada Maruah?

Pelakon Emma Maembong sememangnya terkenal dengan sikap manja dan mesra,terutamanya jika bersama keluarga.

Terdahulu video yang dimuat naik Emma mengejutkan bapanya daripada tidur ditegur netizen kerena dilihat terlalu akrab, kali ini Emma sekali lagi dikritik netizen kerana mencium seorang lelaki ‘Inggeris’?

Rupanya lelaki mat salleh yang dimaksudkan sendiri adalah Ahmad Maembong, iaitu adik lelaki Emma. Hubungan Emma dan Ahmad sememangnya rapat memandangkan pelakon berusia 25 tahun itu menjaga adiknya yang lumpuh.

Gambar berkenaan yang dimuat naik beberapa jam yang lalu menerima kutukan daripada beberapa individu yang salah sangka dia mencium lelaki lain, bahkan ada juga yang mengecam tindakannya memuat naik gambar berkenaan biarpun mereka adik-beradik.

Namun rata-rata menganggap ciuman seorang adik kepada kakak tidak salah, bahkan ada juga yang membidas beberapa individu yang suka menabur fitnah tanpa unsur periksa.

Bahkan difahamkan Emma tidak bersekolah kerana menjaga Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Amad.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...