Loading...

‘Keluarga Saja Tahu Betapa Hancurnya Hati Saya’- Datuk Hans Isaac

Selepas sambutan Hari Natal baru-baru ini, sudah pastinya pelakon popular Datuk Hans Isaacterkesan kerana sepatutnya dia meraikan perayaan ini dengan isteri baru. Malangnya, nasib tidak menyebelahinya kerana rancangannya untuk beristerikan bekas Ratu Cantik, Gabriella Robinson Julai lalu tidak kesampaian.

“Saya letak harapan untuk meraikan dengan tunang saya yang tercinta tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Walaupun saya sedih, saya harus  menerima hakikat. Nasib baik, saya cukup beruntung mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang memahami apa yang saya lalui, “kata Hans, 46, dalam satu laporan berita oleh Daily Rojak.

Apabila ditanya sama ada dia telah menemui seseorang yang istimewa untuk dijadikan pengganti, Hans berkata bahawa tumpuannya hanyalah kerjayanya, mencari pasangan tidak menjadi keutamaan.

“Hanya keluarga dan kawan saya yang benar-benar tahu betapa hancurnya hati saya pada apa yang telah berlaku. Ia amat sukar untuk dijawab tetapi saya terpaksa meneruskan hidup saya. Ini juga sebab saya mahu bercuti di luar negara, “kata Hans.

Menurut laporan berita itu, beliau menambah:

“Jika boleh, saya tidak mahu melihat sesiapa atau berada di Kuala Lumpur pada masa ini. Dari segi mencari pengganti, hati saya kini sudah tertutup “

Sekiranya semuanya berjalan lancar, Hans sudah mempunyai rancangan untuk terbang ke London pada April akan datang untuk menghadiri kursus teater pendek.

Hans mendedahkan bahawa dia mempunyai impian untuk menerbitkan sebuah persembahan teater tempatan di tempat yang berprestij di London satu hari nanti.

Sumber NST Online

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! MH

Sumber

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...