Loading...

(VIDEO) PENGANTIN BARU DAH MULA HONEYMOON,FATTAH AMIN TAYANG BILIK BERADU YANG CANTIK DAN TAYANG ISTERI MENAWAN BUAT PEMINAT

(VIDEO) Pengantin Baru Dah Mula Honeymoon,Fattah Amin Tayang Bilik Beradu Yang Cantik dan Tayang Isteri Menawan Buat Peminat

Semua orang tahu baru-baru ini Fattah Amin dan juga Fazura di katakan sudah pun bergelar suami isteri.

Rasanya sungguh pantas masa berlalu, mereka berdua baru sahaja sama-sama berlakon dalam sebuah drama.

Melalui drama itu mereka berkenalan dan jatuh cinta, kemudian membuat keputusan untuk bertunang dan mengerjakan umrah bersama.

Pulang dari mengerjakan umrah, mereka pun melangsungkan majlis perkahwinan dalam suasana yang sangat sederhana.

Seperti pasangan baru berkahwin yang lain, sudah tentulah mereka mahu meluangkan masa bersama dan melalui saat honeymoon yang penuh dengan kenangan manis.

Sebagai suami, Fattah Amin di katakan sudah membuat perancangan istimewa untuk sang isteri.

Fattah dan Fazura di katakan telah terbang ke Jakarta dan juga Bali untuk menghabiskan tempoh honeymoon mereka.

Fattah di katakan ada membuat rakaman video untuk menunjukkan bilik beradu mereka yang sangat cantik dan besar sepanjang honeymoon. Setiap kali membuat rakaman video, pasti kelibat si isteri yang cantik akan ada bersama. Wah wah..Semoga bahagia ke Jannah ya korang.


Sumber : Kisah Dunia

Terdahulu..
Jangan terlalu obses dengan ‘FattZura’ – Fazura


PETALING JAYA: Artis serba boleh, Fazura, tidak mahu peminat terlalu obses dengan terma ‘FattZura’ yang rancak digunakan, khususnya di laman sosial.

Kata Fazura, dia berharap peminat menyedari hakikatnya dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin, masih dua individu yang mempunyai cara dan perancangan tersendiri dalam kerjaya.

“Saya menghargai sokongan dan doa-doa peminat terhadap kami. Tapi saya harap peminat sedar yang kami dua individu berbeza apabila masuk bab kerjaya.

“Tapi sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong kerjaya Fattah, seperti mana dia juga menyokong kerjaya saya,” kata Fazura dalam satu sesi bertemu media di Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya jika mereka mempunyai perancangan untuk kembali bekerjasama dalam sebuah lagu, kata Fazura ia mungkin dijayakan di masa depan.

“Buat masa ini kami mahu fokus kepada perancangan kerjaya sendiri terlebih dahulu. InsyaAllah, mungkin di masa depan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fazura menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh mereka mengadakan majlis pernikahan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Itu tidak benar. Kami sudah lama merancang untuk bernikah, cuma kami memilih untuk tidak membesarkannya kerana ia perkara peribadi.

“Tetapi seperti yang dijanjikan, kami tidak akan melupakan media dan peminat. Dan janji itu sudah pun kami tunaikan,” kata pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini.

Kredit: http://bujanglapok2.com
SAH! Abang Sulung Fazura Sebagai Wali..SEGALANYA TERJAWAB!

Pasangan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, bukan berkahwin secara rahsia, sebalik­nya majlis tersebut diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.

Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.

Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan bintang filem Qaisy dan Laila itu berjalan dengan penuh sederhana tetapi sempurna.

“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” beritahu sumber tersebut.

 

 

Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.

“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.“Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelas sumber yang sama.

Bagaimanapun sehingga kini, baik Fattah mahupun Fazura belum membuat sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai status terkini mereka.

Malah, pihak pengurusan kedua-dua belah pihak juga hanya mendiamkan diri dan menjelaskan majlis yang berlangsung di ke­diaman nenek Fa­zura itu hanyalah ken­duri doa selamat sempena pemergian pasangan ini ke Tanah Suci.

Fattah dan Fazura bersama kedua-dua keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah pada 15 November dan dijangka pulang pada 23 November depan.

Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati banyak pihak telah memberikan restu kepada ‘pernikahan’ pasangan ini dan menganggap ia adalah satu kejayaan yang baik dalam hubungan cinta mereka.

Rata-rata peminat Fattah dan Fazura mendoakan agar rumah tangga yang dibina mampu memberi kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan kepada kedua-duanya selepas ini.

Fattah dan Fazura dipertemukan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada awal tahun lalu, dan semenjak itu banyak peminat mengharapkan mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih dan berkahwin.

Dalam pertemuan untuk sesi fotografi akhbar sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia sebelum ini, Fazura pernah memberitahu penulis bahawa dia bersedia seandainya Fattah adalah lelaki yang dijodohkan oleh Allah SWT dengan dirinya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...