Loading...

‘Mummy Ingat Keisha Nyanyok Ke?’ – Cemburu dengan Nabila Huda, Komen Anak Di IG Buat Netizen Pecah Perut

Bagi yang mengikuti perkembangan Nabila Huda di Instagram, pasti menyedari hubungan erat dengan anak perempuannya, Keisha Leila bak isi dan kuku. Walaupun telah berkahwin hampir 2 tahun, anak kepada pelakon itu sehingga sekarang tidak melihat suaminya, Mohd Izwan Johar (Bert) sebagai ayah tirinya. Sebaliknya, dia menganggap Bert itu adalah ‘teman lelaki’nya.

Paling mencuit hati, pelakon ‘Dendam Aurora’ itu kerap sahaja berkongsi sifat kuat cemburu anaknya itu terhadap dirinya menerusi beberapa video di Instagram. Terbaru, perkongsian Nabila di Instagram mengenai perihal cemburu anaknya itu membuatkan ramai netizen termasuk rakan artis pecah perut. Memang kelakar!

‘Mummy ingat Keisha nyanyok ke?’

Kelakar betul, cemburu kuat sampai komen IG. Kalau dibaca, nampaknya mereka sekeluarga tengah beli belah di Ikea. Mungkin Abil tinggalkan si Keisha dalam trolley, cemburu la si kecik tu bila nampak mak dengan ‘boyfriend’nya itu jalan kat depan sambil gelak tawa. Gilfriend mana yang tak cemburu bila nampak si boyfriend berjalan mesra dengan perempuan lain. Haha, keisha oh keisha!


‘Cinta terhalang oleh anak’

Rakan artis pecah perut

Netizen turut terhibur

Nasib badan. Pandai-pandailah jaga hati isteri dengan ‘girlfriend’ ni nanti merajuk emo tak sudah pulak.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...