Loading...

Dulu Budak kecil Ini Jadi Viral Kerana Hisap Rokok 40 Batang Sehari, Tapi Lihat Foto Ardi Yang Terkini!!

Adakah anda masih ingat kisah kanak-kanak lelaki kecil yang ketagihan menghisap 40 batang rokok dalam sehari? Ya, namanya Ardi Rizal, ketika itu usianya baru mencecah dua tahun ketika menjadi tumpuan dan perhatian dunia dengan kelakuan tidak normal bagi kanak-kanak tersebut.

Ardi sudah mula belajar merokok dengan bapanya ketika berusia 18 bulan lagi. Bila tidak diberi rokok, Ardi langsung marah hingga menghantukkan kepalanya di tembok.

Kisah Ardi ini mendapat liputan meluas dan hangat oleh semua jenis media yang nyata terkejut dengan tabiatnya itu. Untuk menghentikan tabiat buruk Ardi, beberapa organisasi kanak-kanak cuba membantu budak tersebut berhenti merokok dengan menerapkan cara pemakanan dan gaya hidup sihat.

Akhirnya ketagihan merokok luar biasa Ardi dapat diselesaikan, akan tetapi akibat daripada perubahan tersebut tiba-tiba selera makan Ardi mula meningkat menyebabkan tubuh badan Ardi menjadi obesiti.

Sejak saat itu, Ardi menjalani berbagai rawatan terapi bagi menukar gaya hidup dan pemakanannya.

Namun kini Ardi sudah berupaya untuk berhenti dari tabiat luar biasa terhadap ketagihan rokok dan berhasil menurunkan berat badannya.

sumber

2 thoughts on “Dulu Budak kecil Ini Jadi Viral Kerana Hisap Rokok 40 Batang Sehari, Tapi Lihat Foto Ardi Yang Terkini!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...